Panduan Membuat Kontrak Perjanjian
|
Salam , Pembaca yang budiman.
Terima kasih kerana sudi singgah di laman web yang tidak seberapa ini. Empat tahun yang lepas saya banyak menulis, menyemak dan menyediakan pelbagai jenis kontrak perjanjian. sehinggalah sekarang saya masih menyediakan kontrak perjanjian dan yang terbaru adalah kontrak untuk Kerja-Kerja Bagi Menaiktaraf Sistem Penghawa Dingin. Untuk makluman anda, Kontrak Perjanjian adalah penting sekiranya syarikat anda berurusan dengan pihak kerajaan untuk projek yang melibatkan sebutharga ataupun tender.
Contohnya pembayaran untuk projek anda tidak akan diluluskan tanpa Kontrak Perjanjian , ini kerana salah satu syarat yang dikenakan mestilah disertakan bersama Kontrak Perjanjian. Untuk pengetahuan anda juga disebabkan faktor Kontrak ini jugalah kebanyakkan syarikat-syarikat bumiputera mendapat bayaran lewat. Bagi syarikat-syarikat besar perkara ini adalah kecil kerana mereka masih lagi mempunyai modal pusingan yang lain sementara menunggu bayaran masuk. tetapi halnya berlainan jika syarikat anda adalah syarikat yang baru berdaftar, milikan tunggal atau Enterprise dan baru bertatih.
Saya memulakan tugas sebagai penulis dan penyemak kontrak pada tahun 2006 hinggalah sekarang. kebanyakkannya adalah Kontrak Perjanjian antara syarikat dengan Kerajaan. Kontrak pertama yang saya sediakan adalah kontrak untuk Perkhidmatan dan Membekal Peralatan bilik Server dengan Kos RM 149,000.00 hinggalah kepada Kontrak Perjanjian bagi perolehan Multimedia Electronic Board yang berharga jutaan ringgit. Secara keseluruhannya format untuk membuat kontrak perjanjian adalah sama sahaja. Cuma yang berubah adalah berdasarkan jenis Kontrak Perjanjian yang disediakan sama ada kontrak perjanjian tersebut berbentuk Perkhidmatan,Pembekalan atau pun Kerja-Kerja.
Memandangkan setiap format Kontrak Perjanjian adalah lebih kurang sama cuma terdapat beberapa bahagian yang perlu ditukar supaya ianya bersesuaian dengan Kontrak Perjanjian syarikat anda. Disinilah berlakunya pembaziran duit syarikat kerana syarikat perlu mengupah firma guaman ataupun peguam mahupun penasihat undang-undang bagi menyediakan Kontrak Perjanjian untuk syarikat anda. Anda perlu tahu bahawa Kontrak Perjanjian yang telah siap dan diberikan kepada pihak Kerajaan akan disemak semula oleh Penasihat Undang-Undang di Kementerian ataupun jabatan berkenaan dan sekiranya terdapat pengubahsuaian semula Kontrak Perjanjian tersebut ia akan dikemukakan semula kepada anda untuk dibetulkan.
Seterusnya anda perlu memulangkan semula kontrak perjanjian tersebut kepada pihak yang membuat Kontrak Perjanjian untuk anda dan secara tidak langsung kos bayaran akan bertambah. Upah atau pun bayaran kepada pakar profesional dalam bidang perundangan tidaklah semurah yang anda sangka. Jika anda kalah kes di mahkamah sekalipun anda tetap akan dikenakan bayaran untuk kekalahan anda itu. Selalunya pengubahsuaian akan dilakukan sekiranya terdapat pekeliling baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Tip percuma, sekiranya anda berurusan dengan pihak Kerajaan anda tidak perlu membuat Kontrak Perjanjian yang sempurna hingga memeningkan kepala anda, kerana pihak Kerajaan akan tandakan mana yang salah dan meminta anda membuatnya semula. memandangkan mereka mempunyai Penasihat Undang-Undang yang sememangnya mencurahkan jiwa dan raga mereka di dalam bidang ini.
Oleh itu tiada alasan lagi di mana anda sendiri boleh menyediakan kontrak perjanjian untuk syarikat anda. Walaupun mencuri sedikit masa anda namun ianya akan menjimatkan kos dan kewangan syarikat. Di dalam sesebuah syarikat selalunya yang berperanan menyediakan kontrak perjanjian adalah Unit Kewangan iaitu Pengurus Akaun, tidakkah anda rasa akan membazirkan sumber tenaga Pengurus Akaun dengan membuat Kontrak Perjanjian sehari suntuk. Lebih baik tenaga itu digunakan untuk membuat dokumen sebutharga atau tender bagi projek-projek yang diiklankan oleh Kerajaan
.
Adalah menjadi satu pelaburan yang menguntungkan jika anda hanya membuat satu pelaburan untuk memperolehi Panduan Kontrak Perjanjian yang hebat ini dan anda boleh gunakannya banyak kali selagi syarikat anda masih aktif. Berbanding setiap kali perlu disediakan kontrak anda akan mengupah Firma Guaman,Peguam atau Penasihat Undang-Undang dengan harga yang mahal. Memang anda boleh menggunakan Kontrak Perjanjian yang dibuat sebelum ini namun jika syarikat anda menerima projek yang berlainan jenis tidakkah anda perlu menyediakan beberapa kontrak perjanjian. Dengan Menggunakan panduan ini anda mempunyai banyak masa untuk membuat kerja-kerja lain dan pastinya saku anda juga tidak akan bocor. Anda juga mempunyai masa yang terluang untuk bersama-sama keluarga dan kakitangan syarikat.
Sekarang!!! berhenti berfikir samada anda ingin memperolehi panduan ini atau tidak, kerana kami akan memberikan satu rahsia yang tidak banyak syarikat tahu bagaimana untuk mengelakkan daripada dikenakan Cukai Duti Setem apabila stamping Kontrak Perjanjian di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kemungkinan kos yang dikenakan kepada syarikat anda untuk stamping adalah lebih mahal berbanding harga panduan ini. Sekiranya bayaran minimun yang dikenakan untuk satu (1) kontrak perjanjian adalah RM 10.00 dan anda perlu stamping untuk empat (4) kontrak perjanjian. Maka anda perlu membayar sebanyak RM 40 . Berbanding dengan harga Panduan hebat ini yang berharga RM 37.00 sahaja dan semestinya anda masih lagi untung. Tidakkah kami menyenangkan kerja anda?
Pilihan adalah di tangan anda.
Anda akan memperoleh 9 contoh Kontrak Perjanjian dan 1 bonus eksklusif serta beberapa dokumen penting yang siap untuk diedit.
EBUKU KONTRAK PERJANJIANEbuku Panduan Mudah Membuat Dokumen Kontrak Perjanjian.BONUS- KONTRAK JOINT VENTURE (English Version)Templet Kontrak Premium Siap Pakai
Jadi, kenapa anda perlu tunggu lagi...Ianya sudah terbukti berkesan!!
Saya sedar dan faham iaitu dengan bayaran hanya sebanyak RM 37.00, Saya akan menerima "Panduan Mudah Membuat Kontrak Perjanjian" dari "KontrakPerjanjian.blogspot.my".
Kami letakkan harga sebenar bagi produk ini hanya RM 37.00
>>Klik Di Bawah Untuk Tempahan!<<
Kami Menerima PayPal, Maybank2u dan Kad Kredit
Ikhlas daripada,
P.S: Usah pening-pening lagi memikirkan kaedah untuk membuat Kontrak Perjanjian, dapatkan ebook ini sekarang dengan pelaburan serendah RM37.00 sahaja.Klik sini sekarang.
P.S.S: Rahsia dalam ebook ini tidak ramai yang mengetahuinya, jadi ambillah peluang ini menjadikan diri dan syarikat anda mempunyai kelebihan berbanding syarikat-syarikat yang lain dalam menyediakan Kontrak Perjanjian.
Link download akan dihantar melalui email dalam tempoh 1-2 hari kepada anda selepas semakan bayaran dibuat. SILA SEMAK INBOX DAN JUGA SPAM BOX AKAUN EMAIL ANDA.. Fail muat turun akan berada dalam format "ZIP" fail. Untuk extract zip fail anda memerlukan perisian Winzip yang boleh didapati di sini secara percuma.
| |||
Hakcipta Terpelihara 2016, KontrakPerjanjian.blogspot.my website
|